GURU OH GURU

ASSALAMUALAIKUM

Friday 15 July 2011

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

PEMBINAAN UJIAN

Dalam proses membina ujian, ujian yang sah (valid) dan boleh dipercayai (reliable) prosedur berikut hendaklah diikuti.

1.               merancang ujian
2.               menggubal soalan
3.               memilih dan menyelaras soalan
4.               memprauji soalan
5.               memasang kertas soalan


PERANCANGAN UJIAN DAN PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

Pertama, kita harus dibekalkan dengan Format Pentaksiran (apa yang dikehendaki oleh Badan Peperiksaan dan Penilaian)

Contoh :


FORMAT PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA


PERKARA
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
PENTAKSIRAN BERPUSAT
Jenis Instrumen
Projek
Ujian Subjektif
Jenis Item
Berdasarkan projek/aktiviti
Item Respons Terhad / Terbuka
Bilangan soalan

Bahagian A
Bahagian B
Bahagian C
10
3
2
Skor diberi
Kompeten / Belum Kompeten
Jumlah Skor
Mengikut bilangan kompetensi yang ditaksir dalam mata pelajaran
Bahagian A
Bahagian B
Bahagian C
50
30
20
100
Tempoh Ujian
Sepanjang proses P&P di Ting. 4 & 5
Bahagian A
Bahagian B
Bahagian C
50 min
40 min
60 min
2 jam 30 min
Konstruk ditaksir
KOMPETENSI
Kompetensi berdasarkan evidens proses dan produk
Kompetensi berdasarkan evidens pengetahuan
Bahagian A
Bahagian B
Bahagian C
Prosedur mengikut budaya kerja baik dan selamat
Aplikasi
Kreativiti
Pengalaman dialami semasa membuat projek/aktiviti/hasil kerja (experiential)
Mengaplikasi satu situasi/pengalaman ke satu situasi lain – guna pengetahuan/kemahiran untuk situasi lain
(one situation to another situation)
Menghasilkan idea baru/menjana idea/menginovasi (cth: bagi tujuan komersial, dll.)
Cakupan Konteks
Mencakupi semua Modul Ting. 4 dan Ting. 5
Aras Kesukaran dan Wajaran
Berdasarkan standard dalam pernyataan criteria yang dirujuk
Bahagian A
Bahagian B
Bahagian C
Rendah
5
Sederhana
3
Tinggi
2
Alatan tambahan diperlukan
Kalkulator saintifik

Cuba, bina format pentaksiran Ujian Objektif, CUBA DULU dan PERHATI dan Kaji ... Ambil Tindakan ... Bincang dengan Kumpulan ..Buktikan ...Bentangkan ... yahoooooooooooooooo !


PERKARA
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
PENTAKSIRAN BERPUSAT/SEKOLAH
Jenis Instrumen
Projek
Ujian Subjektif (Ganti Dgn Ujian Objektif)
Jenis Item
Berdasarkan projek/aktiviti
Item Respons Terhad / Terbuka (Ganti Dgn Item .....?)
Bilangan soalan
(Tetapkan Bilangan, Rujuk Dengan Pentadbir)
 
Bahagian A
Bahagian B
Bahagian C
10
(Berapa Mau ..?)
3
(Berapa Mau ..?)
2
(Berapa Mau ..?)
Skor diberi
Kompeten / Belum Kompeten
Jumlah Skor
Mengikut bilangan kompetensi yang ditaksir dalam mata pelajaran
Bahagian A
Bahagian B
Bahagian C
50
(Berapa Mau Bagi..?)
30
(Berapa Mau Bagi ..?)
20
(Berapa Mau Bagi ..?)
100
Tempoh Ujian
(Tukar Tempoh Masa)
Sepanjang proses P&P di Ting. 4 & 5
Bahagian A
Bahagian B
Bahagian C
50 min
40 min
60 min
2 jam 30 min
(Tukar Tempoh Masa)
Konstruk ditaksir
(Apa yang diajar, itulah yang ditaksir)
KOMPETENSI
Kompetensi berdasarkan evidens proses dan produk
Kompetensi berdasarkan evidens pengetahuan
Bahagian A
Bahagian B
Bahagian C
Prosedur mengikut budaya kerja baik dan selamat
Aplikasi
Kreativiti
Pengalaman dialami semasa membuat projek/aktiviti/hasil kerja (experiential)
Mengaplikasi satu situasi/pengalaman ke satu situasi lain – guna pengetahuan/kemahiran untuk situasi lain
(one situation to another situation)
Menghasilkan idea baru/menjana idea/menginovasi (cth: bagi tujuan komersial, dll.)
Cakupan Konteks
Mencakupi semua Modul Ting. 4 dan Ting. 5
(Tukar Ke Sekolah Kebangsaan ...)
Aras Kesukaran dan Wajaran
Berdasarkan standard dalam pernyataan criteria yang dirujuk
Bahagian A
Bahagian B
Bahagian C
Rendah
5
Sederhana
3
Tinggi
2
Alatan tambahan diperlukan
Kalkulator saintifik


Kedua, perkara yang penting dalam perancangan ujian ialah pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) (Test Table of Specification).

Dalam pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian langkah-langkah berikut hendaklah diikuti.


1.     Mengkaji Sukatan Pelajaran

Sukatan pelajaran dikaji untuk memperolehi maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Isi kandungan sukatan pelajaran dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap satu isi kandungannya. Antara aspek-aspek yang dianalisis ialah

(i)                           skop dan kedalaman kajian pada sesuatu tajuk
(ii)                        pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk
(iii)                kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk yang lain
(iv)                     kekompleksan sesuatu tajuk
(v)                        masa pengajaran yang diberi bagi sesuatu tajuk


2.     Menganalisis Objektif Pendidikan

Di samping itu objektif pendidikan dianalisis untuk menentukan jenis-jenis kemahiranazizi290107.jpg yang perlu di uji dan pada tahap kesukaran mana ia perlu diuji. Lazimnya aras kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya.

Maklumat-maklumat yang tersebut di atas ini adalah amat penting kepada penggubal soalan dan penggubal ujian kerana dengan ini sifat ujian itu ditentukan. Dengan ini jenis ujian ditentukan, bilangan soalan bagi setiap ujian ditentukan, dan pada aras kemahiran dan kesukaran apakah yang ia perlu diuji.

Berdasarkan penganalisisan inilah JSU dibina. Lazimnya JSU mengandungi tiga paksi utama.

1.               Paksi Kandungan
-       Tajuk
-       Subtajuk
2.               Paksi Kemahiran
-       Aras kemahiran
3.               Paksi Wajaran
-       Peratusan pemberatan setiap tajuk
-       Bilangan soalan

 * Mesti ada HSP
** Paksi Kandungan (Topik/Subtopik dalam HSP)
*** Paksi Kemahiran (Berdasarkan Objektif MP dalam HSP)
**** Buat dulu, tunjuk ...kita bincang dan berdebat ... teruskan ..


Kepentingan JSU

JSU yang lengkap dibina akan sangat-sangat membantu penggubal soalan dan pembina ujian. Antara kepentingan adanya JSU ialah:
1.                           Ujian akan dibina secara sistematik.
2.                           Keesahan dari segi penyampelan sukatan pelajaran adalah terjamin.
3.                      Taburan tajuk adalah seimbang, dan pelajar diuji pada keseluruhan kurikulum.
4.                          Taraf, mutu dan aras keskaran ujian dapat dikekalkan dari setahun ke setahun, walaupun  dibina oleh pembina yang berlainan.
5.                           Ia menjadi panduan kepada penggubal soalan dan pembina ujian.

                                                                                                                        LAMPIRAN  1 Modul HBEF3203

CONTOH JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

Bahasa Melayu

Nama Kertas: Kertas 1

Rujukan dalam

Peringkat Kemahiran

Peratusan
Sukatan pelajaran
Tajuk
I
II
III
Bilangan
Bilangan


M
P
S
M
P
S
M
P
S
soalan
soalan
1.Pengenalan












2.Pemahaman










12
20
3.Kegunaan












4. Sejarah dan Perkembangan
4.1 Asal Rumpun Melayu












Bahasa Melayu
4.2 Batu  Bersurat












4.3 B M Klasik









4
6.6

4.4 B M Pasca Klasik











5. Dinamika Bahasa Melayu
5.1 Variasi Bahasa












5.2 Laras Bahasa











   
5.3 Retorik









6
10

5.4 Wacana












5.5 Kesantunan Bahasa











6. Sistem Bahasa
6.1 Fonologi











Melayu
6.2 Tatabahasa











    
6.3 Morfologi









38
63.4

6.4 Simpulan Bahasa












6.5 Peribahasa











Jumlah soalan/
peratusan










60
100


I  : Pengetahuan/Pemahaman                  M  - Mudah
II : Pemahaman dan Aplikasi               P  - Pertengahan
III: Analisis, Sintisis, dan Penilaian    S  - Sukar


*Kalau sudah mudah hendaklah mudah
** Perhatikan "domain" I dan II , pandangan saya Mudah (Pengetahuan/Pemahaman), Sederhana (Aplikasi/Sintisis), Sukar (Analisis/Penilaian jadi Kreativiti)


Ringkasan Perbezaan Jenis-Jenis Ujian
Jenis
Kelebihan
Kekangan
Aneka Pilihan
 (Multiple-choice)
  • Boleh mengukur semua jenis kebolehan tahap pelajar
  • Membolehkan persampelan meluas keatas kandungan subjek .
  • Cepat dan mudah penskoran
  • Membolehkan penskoran objektif
  • Boleh dianalisa keberkesanan
  • Sukar membina item yang baik
  • Mudah kearah mengukur pengetahuan
Padanan
(Matching)
  • Mudah dibina
  • Mengurangkan masa pembacaan
  • Membolehkan skoran berkesan dan objektif
  • Tidak berapa sesuai untuk menguji kebolehan tahap tinggi
  • Menguji kearah “simple recall. “
Betul-Salah
 (True/False)
  • Berkesan untuk menguji pensampelan maklumat yang besar
  • Membolehkan  penskoran berkesan dan objektif

  • Meninggikan kadar tekaan
  • Sukar membina item berkesan.
Jawapan Pendek
  • Mengurangkan tekaan
  • Membolehkan rangkuman kandungan yang luas
  • Mudah dibina.
  • Mengukur kebolehan yang terhad
  • Tidak boleh menggunakan mesin untuk penskoran.
  • Penskoran berpandukan pertimbangan
Esei
  • Mudah dan cepat dibina.
  • Mengurangkan tekaan  
  • Menguji tahap pemikiran tinggi.
  • Bilangan item terhad.
  • Mengambil masa untuk penskoran.
  • Kebolehpercayaan skoran agak rendah.
  
Kesesuaian Padanan Ujian
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran
Jenis Ujian

Pelajar akan boleh mengkategorikan dan
menamakan komponen proses

Ujian Objektif
(Aneka pilihan, Padanan)

Pelajar akan boleh membuat kritikan dan
memberi pandangan

Ujian Bertulis

Pelajar akan boleh menunjukkan
keberkesanan

Ujian Pencapaian

Pelajar akan boleh membuat penghafalan

Ujian Jawapan Pendek


 

4 comments:

  1. saya mula bina JSU sblum gubal soalan exam ni sejak 16 thn lepas...waktu mula2 buat dulu rasa susah sgat...rasa nak marah ja dkat GB(Tn Hj Ishak Mansor)....buat apa2 susah2 nak buat soalan hebat2 yg tak tau lagi budak boleh jwab ka dak...tapi selepas dah bbrapa kali buat baru tau apa kegunaan JSU dn knapa ia berguna pada guru2...
    pada GB(kami panggil Pak AQ ja kat dia) masa tu thanx so much kerana pengalaman naik turun pejabat jumpa dia krana JSU adalah pengalaman yg cukup berharga dn berguna...
    seleps dia tukar sekolah dah tak pernah jumpa GB sehebat dia....

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing, cikgu Farina dan cikgu Noraini :D

    ReplyDelete
  3. Cuba bandingkan dengan yang saya dapat masa kursus haritu. Rasanya lebih kurang sahaja

    ReplyDelete
  4. Boleh dijadikan panduan untuk kita semua.

    ReplyDelete