PEMBINAAN UJIAN
Dalam proses membina ujian, ujian yang sah (valid) dan boleh dipercayai (reliable) prosedur berikut hendaklah diikuti.
1. merancang ujian 2. menggubal soalan 3. memilih dan menyelaras soalan 4. memprauji soalan 5. memasang kertas soalan
PERANCANGAN UJIAN DAN PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN
Pertama, kita harus dibekalkan dengan Format Pentaksiran (apa yang dikehendaki oleh Badan Peperiksaan dan Penilaian)
Contoh :
FORMAT PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
PERKARA | PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH | PENTAKSIRAN BERPUSAT |
Jenis Instrumen | Projek | Ujian Subjektif |
Jenis Item | Berdasarkan projek/aktiviti | Item Respons Terhad / Terbuka |
Bilangan soalan |
| Bahagian A | Bahagian B | Bahagian C |
10 | 3 | 2 |
Skor diberi | Kompeten / Belum Kompeten |
Jumlah Skor | Mengikut bilangan kompetensi yang ditaksir dalam mata pelajaran | Bahagian A | Bahagian B | Bahagian C |
50 | 30 | 20 |
100 |
Tempoh Ujian | Sepanjang proses P&P di Ting. 4 & 5 | Bahagian A | Bahagian B | Bahagian C |
50 min | 40 min | 60 min |
2 jam 30 min |
Konstruk ditaksir | KOMPETENSI |
Kompetensi berdasarkan evidens proses dan produk | Kompetensi berdasarkan evidens pengetahuan |
Bahagian A | Bahagian B | Bahagian C |
Prosedur mengikut budaya kerja baik dan selamat | Aplikasi | Kreativiti |
Pengalaman dialami semasa membuat projek/aktiviti/hasil kerja (experiential) | Mengaplikasi satu situasi/pengalaman ke satu situasi lain – guna pengetahuan/kemahiran untuk situasi lain (one situation to another situation) | Menghasilkan idea baru/menjana idea/menginovasi (cth: bagi tujuan komersial, dll.) |
Cakupan Konteks | Mencakupi semua Modul Ting. 4 dan Ting. 5 |
Aras Kesukaran dan Wajaran | Berdasarkan standard dalam pernyataan criteria yang dirujuk | Bahagian A | Bahagian B | Bahagian C |
Rendah 5 | Sederhana 3 | Tinggi 2 |
Alatan tambahan diperlukan | Kalkulator saintifik |
Cuba, bina format pentaksiran Ujian Objektif, CUBA DULU dan PERHATI dan Kaji ... Ambil Tindakan ... Bincang dengan Kumpulan ..Buktikan ...Bentangkan ... yahoooooooooooooooo !
PERKARA | PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH | PENTAKSIRAN BERPUSAT/SEKOLAH |
Jenis Instrumen | Projek | Ujian Subjektif (Ganti Dgn Ujian Objektif) |
Jenis Item | Berdasarkan projek/aktiviti | Item Respons Terhad / Terbuka (Ganti Dgn Item .....?) |
Bilangan soalan (Tetapkan Bilangan, Rujuk Dengan Pentadbir) | | Bahagian A | Bahagian B | Bahagian C |
10 (Berapa Mau ..?) | 3 (Berapa Mau ..?) | 2 (Berapa Mau ..?) |
Skor diberi | Kompeten / Belum Kompeten |
Jumlah Skor | Mengikut bilangan kompetensi yang ditaksir dalam mata pelajaran | Bahagian A | Bahagian B | Bahagian C |
50 (Berapa Mau Bagi..?) | 30 (Berapa Mau Bagi ..?) | 20 (Berapa Mau Bagi ..?) |
100 |
Tempoh Ujian (Tukar Tempoh Masa) | Sepanjang proses P&P di Ting. 4 & 5 | Bahagian A | Bahagian B | Bahagian C |
50 min | 40 min | 60 min |
2 jam 30 min (Tukar Tempoh Masa) |
Konstruk ditaksir (Apa yang diajar, itulah yang ditaksir) | KOMPETENSI |
Kompetensi berdasarkan evidens proses dan produk | Kompetensi berdasarkan evidens pengetahuan |
Bahagian A | Bahagian B | Bahagian C |
Prosedur mengikut budaya kerja baik dan selamat | Aplikasi | Kreativiti |
Pengalaman dialami semasa membuat projek/aktiviti/hasil kerja (experiential) | Mengaplikasi satu situasi/pengalaman ke satu situasi lain – guna pengetahuan/kemahiran untuk situasi lain (one situation to another situation) | Menghasilkan idea baru/menjana idea/menginovasi (cth: bagi tujuan komersial, dll.) |
Cakupan Konteks | Mencakupi semua Modul Ting. 4 dan Ting. 5 (Tukar Ke Sekolah Kebangsaan ...) |
Aras Kesukaran dan Wajaran | Berdasarkan standard dalam pernyataan criteria yang dirujuk | Bahagian A | Bahagian B | Bahagian C |
Rendah 5 | Sederhana 3 | Tinggi 2 |
Alatan tambahan diperlukan | Kalkulator saintifik |
Kedua, perkara yang penting dalam perancangan ujian ialah pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) (Test Table of Specification).
Dalam pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian langkah-langkah berikut hendaklah diikuti.
1. Mengkaji Sukatan Pelajaran
Sukatan pelajaran dikaji untuk memperolehi maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Isi kandungan sukatan pelajaran dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap satu isi kandungannya. Antara aspek-aspek yang dianalisis ialah
(i) skop dan kedalaman kajian pada sesuatu tajuk (ii) pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk (iii) kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk yang lain (iv) kekompleksan sesuatu tajuk (v) masa pengajaran yang diberi bagi sesuatu tajuk
2. Menganalisis Objektif Pendidikan
Di samping itu objektif pendidikan dianalisis untuk menentukan jenis-jenis kemahiran yang perlu di uji dan pada tahap kesukaran mana ia perlu diuji. Lazimnya aras kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya.
Maklumat-maklumat yang tersebut di atas ini adalah amat penting kepada penggubal soalan dan penggubal ujian kerana dengan ini sifat ujian itu ditentukan. Dengan ini jenis ujian ditentukan, bilangan soalan bagi setiap ujian ditentukan, dan pada aras kemahiran dan kesukaran apakah yang ia perlu diuji.
Berdasarkan penganalisisan inilah JSU dibina. Lazimnya JSU mengandungi tiga paksi utama.
1. Paksi Kandungan - Tajuk - Subtajuk 2. Paksi Kemahiran - Aras kemahiran 3. Paksi Wajaran - Peratusan pemberatan setiap tajuk - Bilangan soalan
* Mesti ada HSP ** Paksi Kandungan (Topik/Subtopik dalam HSP) *** Paksi Kemahiran (Berdasarkan Objektif MP dalam HSP) **** Buat dulu, tunjuk ...kita bincang dan berdebat ... teruskan ..
Kepentingan JSU
JSU yang lengkap dibina akan sangat-sangat membantu penggubal soalan dan pembina ujian. Antara kepentingan adanya JSU ialah: 1. Ujian akan dibina secara sistematik. 2. Keesahan dari segi penyampelan sukatan pelajaran adalah terjamin. 3. Taburan tajuk adalah seimbang, dan pelajar diuji pada keseluruhan kurikulum. 4. Taraf, mutu dan aras keskaran ujian dapat dikekalkan dari setahun ke setahun, walaupun dibina oleh pembina yang berlainan. 5. Ia menjadi panduan kepada penggubal soalan dan pembina ujian.
LAMPIRAN 1 Modul HBEF3203 Ringkasan Perbezaan Jenis-Jenis Ujian
Jenis | Kelebihan | Kekangan |
Aneka Pilihan (Multiple-choice) | - Boleh mengukur semua jenis kebolehan tahap pelajar
- Membolehkan persampelan meluas keatas kandungan subjek .
- Cepat dan mudah penskoran
- Membolehkan penskoran objektif
- Boleh dianalisa keberkesanan
| - Sukar membina item yang baik
- Mudah kearah mengukur pengetahuan
|
Padanan (Matching) | - Mudah dibina
- Mengurangkan masa pembacaan
- Membolehkan skoran berkesan dan objektif
| - Tidak berapa sesuai untuk menguji kebolehan tahap tinggi
- Menguji kearah “simple recall. “
|
Betul-Salah (True/False) | - Berkesan untuk menguji pensampelan maklumat yang besar
- Membolehkan penskoran berkesan dan objektif
| - Meninggikan kadar tekaan
- Sukar membina item berkesan.
|
Jawapan Pendek | - Mengurangkan tekaan
- Membolehkan rangkuman kandungan yang luas
- Mudah dibina.
| - Mengukur kebolehan yang terhad
- Tidak boleh menggunakan mesin untuk penskoran.
- Penskoran berpandukan pertimbangan
|
Esei | - Mudah dan cepat dibina.
- Mengurangkan tekaan
- Menguji tahap pemikiran tinggi.
| - Bilangan item terhad.
- Mengambil masa untuk penskoran.
- Kebolehpercayaan skoran agak rendah.
|
Kesesuaian Padanan Ujian
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran | Jenis Ujian |
Pelajar akan boleh mengkategorikan dan menamakan komponen proses |
Ujian Objektif (Aneka pilihan, Padanan) |
Pelajar akan boleh membuat kritikan dan memberi pandangan |
Ujian Bertulis |
Pelajar akan boleh menunjukkan keberkesanan |
Ujian Pencapaian |
Pelajar akan boleh membuat penghafalan |
Ujian Jawapan Pendek
|
|